Excel Tutorial | Cara Buat Drop-down List Menu

Assalamualaikum.. apa khabar semua? Baiklah kali ni saya nak berkongsi ilmu pasal MS Excel. Pernah tak anda semua terfikir alangkah mudah kalau kita buat borang secara 'software' dan ruangan-ruangannya dapat di isi dengan mudah menggunakan 'list' yang sudah siap.

Baiklah kali ni, saya akan kongsikan cara membuat Drop-down list menu menggunakan MS Excel.

1. Buka satu blank workbook.
2. Buatkan tajuk menu, cth : Jenis Kenderaan.



3. Di Sheet2, senaraikan data-data bagi menu tersebut.


4. Pilih semua kolum yang ditaip, dan klik kanan tetikus. Kemudian pilih 'Define Name...'. Berikan nama kepada data anda dan klik ok. cth: JenKend


5. Kembali ke Sheet1, klik pada kotak list, dan di bahagian tab data  klik data validation. Pada menu pilihan tersebut pilih 'List' 



6. Kemudian pada ruangan 'Source' masukkan nama yang telah diberikan kepada data (=nama yang di langkah 4 'Define Name'). Cth: =JenKend



Ok, sekarang drop down menu anda telah selesai dan siap untuk digunakan.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk follow blog ini. 

Insha Allah, saya akan sambung lagi tutorial berkaitan excel ini. 



Artikel Berkaitan :

Excel Tutorial | Cara Membuat Drop Down List Menu

Share on Google Plus

About Mdzul Sidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.