Info | Toy percuma tersembunyi Carrie Junior Baby Bath

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni saya ada membeli 2 botol Carrie Junior Baby Bath untuk dua orang hero saya.

Ketika balik ke rumah, saya terperasan ada iklan mainan percuma pada botol mandian tersebut. Aiseh, lupa nak claim kat kaunter khidmat pelanggan. Rugi la pulak rasanya.

Tapi bila saya belek-belek botol mandian tu... oh! rupanya hadiah mainan tu disertakan dengan botol mandian tersebut.

Ya.. untuk kongsian bersama saya tunjukkan tempat simpanan "RAHSIA" mainan tersebut. Rahsia la sangat.

Pertama, pusingkan botol tersebut ke bahagian belakang dan cabut stiker bahagian tersebut.


Kemudian, akan terlihat penutup plastik di sebaliknya. Buka penutup plastik tersebut.


Tadaaa... dapatlah permainan percuma untuk anak-anak anda.


Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan anak-anak kecil kesayang anda.



Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

0 komen:

Catat Ulasan