Info| Super Blue Blood Moon 31 Jan 2018

Super Blue Blood Moon adalah 3 fenomena pada bulan yang akan berlaku serentak, iaitu fenomena Supermoon, Bluemoon dan Bloodmoon. Kali terakhir ia berlaku ialah 152 tahun yang lalau, iaitu 31 Mac 1886.

Fenomena ‘Supermoon’ terjadi apabila kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi dan mengalami  fasa penuh menyebabkan saiz bulan akan kelihatan lebih besar daripada biasa. Fenomena ‘Bluemoon’ pula ialah fasa bulan penuh yang berlaku pada tarikh sama merupakan fasa bulan  penuh yang kedua dalam bulan Januari 2018. Manakala fenomena ‘Bloodmoon’ kerana warna bahagian gelap gerhana yang kemerah-merahan akibat biasan cahaya Matahari oleh atmosfera bumi.

Fasa gerhana bermula kira-kira 7.48 malam sehingga 11.11 malam manakala fasa gerhana penuh pula akan bermula kira-kira  8.51 malam sehingga ke kemuncak pada pukul 9.29 malam dan akan tamat kira-kira 10.07 malam. - sumber Planetarium Negara.


Aktiviti pencerapan akan dilakukan di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Lokasi lain ialah Pantai Tok Jembal, Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza), Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah (Sabah Stargazers Observatory) dan Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.


Menarik bukan? Jom sama-sama kita saksikan fenomena yang sangat jarang berlaku ini.

'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.'  (Ali Imran 3:90]
Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

0 komen:

Catat Ulasan