Tips | Kegunaan Klip Pembunggkus Roti

 Assalamualaikum w.b.t...

Lama betul tak update blog, sibuk sangat akhir-akhir ni, dan kelahiran putera yang kedua betul-betul membuatkan masa sangat terhad.

Baiklah, kali ni saya nak kongsikan sesuatu yang jarang kita terfikir iaitu kegunaan lain bagi klip pembungkus roti. Anda selalu membeli roti kan dan di atasnya tentu ada klip penutup yang tertulis tarikh luputnya. Selain digunakan semula untuk mengikat plastik roti tersebut, saya kongsikan beberapa kegunaan lain yang sesuai untuk klip tersebut.






1. Boleh digunakan sebagai penanda untuk salotape.




2. Jika 'extension wyre' anda berserabut dengan wayar, klip tersebut boleh digunakan sebagai penanda untuk membezakan plug-plug elektrik.


3. Semasa makan roti, klip tersebut boleh digunakan sebagai penghadang sudu / pisau penyapu kaya daripada terkena meja. Barulah meja anda tidak dikotori dengan kesan-kesan kaya.


4. Sebagai tempat penyangkut kabel pengecas telefon bimbit anda.

Baiklah, semoga perkongsian ini memberi manfaat. Jangan lupa untuk follow dan like blog ini. Sama-sama kita berkongsi pengetahuan. 
Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

0 komen:

Catat Ulasan