Tips Membuat Butang 'Baca Lagi / Read More' Pada Post

Assalamualaikum w.b.t



Okey, dah 2 entry sebelum ni saya buat entry santai berinformasi dan menghiburkan mungkin. Kali ni saya nak berkongsi tip-tip membuat post dengan blogger. Kali ni saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk membuat butang 'read more' atau 'baca lagi' di bawah entry anda.

Mungkin anda pernah melihat kebanyakan otai-otai blogger membuat butang / link read more di bawah entry mereka. Di bahagian main page hanya ada ayat-ayat intro, dan anda perlu menekan link 'read more' membacanya lagi.


Cara-caranya ialah begini, pertama pergi ke dashboard blogger anda dan pilih artikel sediada. Klik edit.




Kemudian, pilih ruangan yang hendak ditunjukkan di main page. Pastikan 'cursor' berklip di ruangan yang hanya dapat dilihat setelah di klik 'Baca Lagi'. Ikut nombor anak panah seperti di bawah.



Selepas garis putus-putus muncul, klik butang 'kemas kini' dan lihat blog anda. Hasilnya halaman utama anda akan kelihatan seperti di bawah;




Hasilnya halaman utama anda akan hanya memaparkan sebahagian sahaja post anda.

Pro & Kontra Membuat Butang Baca Lagi.

Pro

  1. Bahagian utama anda boleh memaparkan banyak post yang ringkas atau bahagian intronya sahaja. Pengunjung boleh melihat bayak post-post anda pada halaman utama tanpa perlu scroll down.
  2. Loading blog anda menjadi cepat, ini kerana post-post yang mempunyai banyak gambar tidak dipaparkan sepenuhnya.
  3. Menjadikan post anda lebih menarik kerana pelawat akan klik butang 'baca lagi' bagi menamatkan bacaan mereka.
  4. Meningkatkan jumlah page view, kerana pelawat perlu klik setiap post untuk bacaan sepenuhnya.
  5. Menjadikan blog anda lebih menarik dan ringkas.
Kontra

  1. Membuatkan pelawat merasa terbeban kerana mereka perlu ke page lain untuk menghabiskan bacaan mereka.
  2. Jika tajuk dan intro anda benar-benar telah menarik minat membaca pelawat, mungkin pelawat kehilangan mood untuk meneruskan bacaan.
  3. Anda mungkin kehilangan pembaca yang berpotensi jika mereka hanya preview page utama anda, dan intro atau permulaan entry anda tidak dapat menarik minat mereka.
Kesimpulan.


Walaupun teknik ini mempunyai pro dan kontra, terpulang kepada semua teman-teman samada ingin menggunakan teknik ini atau tidak. Namun bagi saya, penggunaan teknik ini akan membuatkan blog kita lebih menarik, ringkas dan lebih banyak post dapat di pamerkan di halaman utama. Selain itu, blog saya akan mendapat bonus dengan meningkatkan page view secara automatik.

Jangan lupa komen dan beri pandangan anda. Sama-sama kita berkongsi ilmu dan pengetahuan. Bagi pelawat yang baru pertama kali ke blog ini, selamat datang saya ucapkan dan jadilah follower untuk sama-sama berkongsi pengetahuan kerana Knowledge Is Power. Jangan lupa juga untuk sponsor blog ini.
Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

7 komen:

  1. Salam, after buat read more ni. Mcmana Spider tengok page kita? full page atau page yang nampak aje..

    Hootoh Tudia
    Baru saja membaca
    Fakta dan Sejarah Hari Krismas

    BalasPadam
  2. hmm.. yg ni kene check blik.
    nnti sy cari info dia.

    BalasPadam
  3. thanx dah paham..heheheh..senang giller..dok cari kebanyakan tuto masih pakai blog yg lama...try buat...tak boleh..jumpe u punya blog...rupanyer mudah ya amat...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. same-same. jom la join blog ni, nnti leh share banyak lagi...

      Padam
  4. Boleh tak ajar untuk buat 'baca lagi' secara auto supaya tidak perlu edit post?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, nnti sy cuba buatkan entry yang guna script. insyallah, dlm 2-3 hari sy akan up kan entry tu.. :)

      Padam
  5. bakal mencuba selepas ini!thanks bro!

    BalasPadam