Menghubungkan Blog Dengan Facebook Bhg.2

Assalamualaikum w.b.t


Baiklah kita sambung post terdahulu, menghubungkan blog dan facebook dari bahagian satu. Kali ini saya akan menunjukkan cara-cara mewujudkan kotak Like Facebook di blog anda.

Pertama, log in ke akaun FB anda dan type URL ini, https://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/ atau klik sahaja link tersebut.

Paparan seperti di bawah akan muncul.





Saya telah menandakan dengan nombor 1 hingga nombor 4 pada gambar tersebut.

Di bahagian No.1 masukkan URL atau alamat Fan Page fb anda di ruangan yang disediakan.

Di bahagian No.2 adalah ruangan untuk setting bagaimana rupa bentuk Like Box fb anda. Anda boleh mencuba menukar lebar (width), ketinggian (height), memaparkan wajah atau tidak, menukar warna box cerah atau gelap, memilih warna garisan luar (border) dan menunjukkan pengatas (header) atau tidak.

Di bahagian No.3 adalah preview untuk Like Box fb anda. Setiap kali anda menukar setting di bahagian No.2 anda boleh melihat terus hasilnya.

Di bahagian No.4 adalah untuk mendapatkan script HTML bagi digunakan di blog anda setelah anda berpuas hati dengan Like Box yang telah anda seting. Setelah anda klik butang Get Code, paparan seperti berikut akan keluar:


Pilih coding untuk IFRAME dan copy semua script yang diberikan. Kemudian buka Dashboard Blogger anda. 

Langkah berikutnya ialah klik pada butang Reka Letak, kemudian klik pada butang Tambah Alat. Pilih tambah alat HTML/Java Script, klik pada butang tambah.



Kemudian paste HTML code yang anda copy dari laman fb tadi, dan klik Simpan untuk langkah terakhir. Sekarang anda boleh melihat blog anda, Like Box fan page fb anda akan kelihatan. Anda boleh menentukan dimana kedudukan box tersebut.



Baiklah, selamat mencuba.

Segala pandangan, komen dan kritikan untuk perkongsian amatlah dialu-alukan. Klik like untuk berhubung melalui fb dan jadilah follower blog ini untuk perkongsian pengetahuan yang selanjutnya. Jangan lupa untuk sponsor blog ini.

Baca juga :

Menghubungkan Blog Dengan Facebook Bhg.1

Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

0 komen:

Catat Ulasan