Cara Meningkatkan Traffic Blog Anda

Assalamualaikum w.m.t

Baiklah, dah banyak post berkaitan dengan nuffnang, kali ni saya kongsikan cara nak tingkatkan traffic ke blog anda...

Pernah dengar perkataan PING. Ok, kali ni, kita berkongsi cara nak ping blog anda. Ada beberapa website yang menyediakan khidmat ping website/blog. Anda boleh klik salah satu contoh link di bawah:

i)    Busuk.org
ii)   GilaPing.com
iii)  PingJer.com

Anda hanya perlu register menggunakan akaun facebook anda, kecuali pingjer.com yang memerlukan pendaftaran secara manual.

Kebaikan

i)   Dapat meningkatkan pelawat ke blog anda dalam masa yang singkat sehingga 200%.


ii)  Mendapat pelawat baru, yang mungkin menjadi pengikut setia blog anda.

iii) Memberi kesan kepada pendapatan iklan anda.

iv) Blog anda akan diiklankan secara percuma iaitu melalui widget yang disediakan atau disebut exchange traffic. Dimana, apabila post anda disiarkan melalui widget di blog orang lain, dan pelawat blog tersebut berminat untuk melihat apa yang anda tuliskan.

Keburukan

i)    Memasukkan widget ke blog anda akan menyebabkan bebanan kepada blog, e.g blog lambat loading.


ii)   Purata pelawat yang melawat blog anda hanya berminat mengetahui apa yang dipaparkan melalui widget sahaja. Mungkin hanya akan preview sahaja blog anda tidak sampai 5 minit.

iii)  Pelawat akan berkurangan dari masa ke semasa jika tidak update blog dan peningkatan traffic hanya sementara. Ini bermakna blog anda hanya popular untuk sekejap sahaja, dan orang hanya melawat kerana blog anda tertera di widget.

iv) Pelawat-pelawat yang datang tidak berulang kerana, mungkin mereka tidak mengingati langsung nama & alamat blog anda. Pengguna lebih menggunakan search engine seperti google, yahoo, ask dan sebagainya jika ingin mencari maklumat. Di sini kepentingan 'keywords'.

Itu pro/contra jika anda menggunakan khidmat-khidmat ping yang disediakan. Namun, yang percuma tiada masalah untuk dicuba. Jika anda hendak menarik perhatian blogwalker-blogwalker, pastikan anda menggunakan tajuk yang 'bombastic' dan gambar yang menarik, pasti akan menarik minat orang ramai mengklik ke post anda. Baiklah, selamat mencuba.

Komen-komen dan cadangan anda amatlah di alu-alukan. Jom kita berkongsi pengetahuan, jadilah folower dan jangan lupa sponsor blog ini.
Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

4 komen:

  1. tiga link je ke???

    BalasPadam
  2. try dulu bang, 3 link pun dh cukup.
    Dah try ke?

    BalasPadam
  3. Memang ada kebaikan dan keburukan. Trimas, info berguna, ni aku baru tau laman gilaping. Ok, try daftar jap

    BalasPadam