About

Memilih Platform - Kenapa eBay, Menjadi Seller & apa itu Dropship.

eBay kini merupakan tempat atau laman web jualan terbesar di dunia malah mengatasi Amazon yang terlebih senior berbanding dengan eBay. Jadi kenapa jual di eBay? Ini adalah kerana:

a) Ramai pembeli yang sanggup membeli barangan anda  dalam sekelip mata. Ini adalah kerana lebih dari 2 juta pelawat setiap hari.

b) Ramai orang kini membuat duit di eBay. Malah ada diantaranya telah pun menjadi jutawan dengan hanya menjual di eBay di rumah.

c) Mudah. eBay menyediakan satu platform yang mudah untuk semua orang. Malah ia kini didapati di kebanyakan
negara seperti UK, US, Europe, India, Malaysia, Singapore, Filipina, Australia dan banyak lagi. Yang terbaru ialah Thailand.

d) Pelbagai cara. Di eBay, anda boleh mengunakan cara lelongan atau dengan harga tetap. Anda boleh mengunakan kedua duanya bagi memaksimakan jualan anda.

e) Kemudahan pembayaran. eBay telah menyediakan satu platform pembayaran yang diiktiraf di seluruh dunia dan lebih dari 100 juta pengguna di seluruh dunia iaitu Paypal. 

f) Pembayaran melalui Kad Kredit. Pembayaran mengunakan kad kredit adalah kelebihan utama dalam menjual barangan di internet. Ia sangat mudah dengan PayPal.

Ini adalah kelebihan eBay jika anda ingin menjual produk di eBay. Namun, panduan ini saya lebih tumpukan bagaimana ingin mendapatkan barangan di eBay dan di Lelong dengan harga yang lebih murah dan menjualnya kembali dengan harga dengan harga yang lebih tinggi.

Penentuan Produk (Seller)

Di eBay anda boleh menjual hampir semua benda. Jangan terkejut ada orang menjual kapal terbang atau kapal selam di eBay. Malah ada yang menjual badan. Tapi beberapa perkara diambil perhatian tentang produk yang ingin anda jual agar ia lebih laku dan menarik minat orang untuk membuat bidaan terhadap barang yang anda jual.

Ini adalah kriteria barang yang sering mendapat sambutan di internet atau di eBay.

a)  Barangan bernilai tinggi/ sukar didapati. Contoh syiling lama,setem lama,barang yang sukar di dapati hari ini. Malah, ada orang menjual keratan surat khabar lama tentang peristiwa tertentu di eBay.

b) Permintaan tinggi. Barangan ini biasanya bermusim, contohnya musim krismas di mana mereka akan berbelanja sakan bagi persediaan krismas. Contoh, snow cap, barang perhiasan rumah dan sebagainya.

c) Barang tidak terdapat di kedai. Sesetengah barangan ia tidak terdapat di kedai di US. Ini adalah kelebihan kita kerana mempunyai produk kraf yang banyak seperti batik, songket dan sebagainya yang tidak di dapati di kedai di US, UK dan sebagainya.

d) Ringan dan tidak pecah. Jangan jual barangan yang terlalu berat dan mudah pecah seperti tembikar atau pasu. Ia juga menyukarkan kita untuk menghantar barangan tersebut. Jika berlaku kerosakan ketika penghantaran, kita sebagai penjual perlu mengantikannya semula.

e) Tiada / sedikit persaingan. Pastikan produk yang kita jual mempunyai sedikit persaingan dan mempunyai permintaan yang tinggi. Inilah rahsia mereka yang membuat wang melalui eBay.

f) Sah disisi undang undang. Pastikan produk anda sah disisi undang undang. Jangan menjual barangan yang berlesen seperti baju, seluar berjenama dari Golok. Ia mungkin mendapat sambutan.Tapi ia menyalahi undang undang. Begitu juga VCD atau DVD filem.

g) Digital/ Fizikal. Anda tentukan samada ingin menjual produk digital seperti ebook, template, software dan sebagainya atau menjual barangan fizikal seperti pakaian, minyak wangi dan sebagainya.

Penentuan harga (Seller)

Harga adalah perkara yang cukup sensitif. Pembeli gemarkan sesuatu barangan yang murah dan berpatutan. Mereka ini lebih sensitif tentang harga berbanding mereka yang membeli di kedai. Malah saya sendiri jika membeli belah langsung tidak melihat harga barangan keperluan. Malah sampai tidak sedar, troli penuh. Kita akan membayar apa sahaja harga barangan tersebut tanpa mempersoalkannya. Ini adalah kerana kita mahukan barangan ini segera dan tak mahu menunggu lama untuk mendapatkannya.

Apabila saya ingin membeli di internet, saya pasti akan mencari barangan yang saya mahu dengan harga yang paling murah. Jika di eBay, saya pasti ramai yang akan berebut membuat bidaan bagi mendapatkan barangan tersebut.

Pada kebiasaannya, harga barangan online lebih murah berbanding di kedai. Namun, kita perlu menunggu terlebih dahulu sebelum mendapatkannya. Ini adalah kerana jika harga online sama dengan harga offline, maka lebih baik kita membelinya di kedai.

Harga memainkan peranan yang sangat besar dalam perniagaan hari ini samada online atau offline. Kejayaan Tesco, Giant, Mydin dan sebagainya adalah dari segi harganya. Apabila mereka menawarkan harga yang lebih murah, pembeli pasti akan mendapatkannya kerana ia lebih murah dan menjimatkan walaupun ianya sama malah lebih mahal setelah ditolak kos petrol, tol dan parking jika membelinya di kedai runcit di tepi rumah. Jimat bukan!..hehehe..jangan marah kalo terasa..:p

Salah satu sebab kenapa pembeli online lebih sensitif. Mereka banyak membuat perbandingan. Di internet terdapat banyak kemudahan untuk mereka membuat perbandingan harga. Perbezaan 1 sen pun akan diambil kira. Cuba bandingkan harga $9.99 dengan $10.00. Pasti pembeli online akan membeli yang berharga $9.99 walaupun bezanya hanya satu sen. Inilah kuasa pembeli.

Begitu juga di eBay, jika anda terpaksa bersaing dengan mereka yang menjual barangan yang sama. Pembeli akan melihat harga yang ditawarkan oleh anda dan juga pesaing anda. Pembeli akan memilih mereka yang meanawarkan harga yang lebih murah. Ini sudah pasti.

Penghantaran (Seller)

Di eBay terdapat 2 cara dalam menentukan penghantaran iaitu pembeli bayar atau penjual bayar. Ianya terpulang kepada anda samada ingin meminta pembeli membayar kos penghantaran atau anda membayarnya. Anda tentukannya sendiri.

Anda perlu menyatakannya sejelas pada polisi anda samada pembeli atau anda perlu membayar kos penghantaran. Kebiasaannya pembeli perlu membayarya. Jangan terkejut jika kos penghantaran lebih mahal dari harga barangan. 
Ia pernah terjadi kepada saya ketika cuba membeli satu barangan dengan harga USD10 tetapi kos penghantaran adalah USD27 iaitu hampir 3 kali ganda harga barangan. Saya akan menyentuh tentang tips membeli di eBay nanti. Teruskan membaca.

p/s: Berhati hati dengan penipu. Jangan jual barang kepada orang Nigeria. Mereka pasti akan menipu anda. Ramai yang sudah terkena. Sekadar memberi ingatan kepada yang ingin serius dalam perniagaan di eBay.

Drop Shipping (Seller)

Sesetengah orang mengunakan kaedah ini untuk menjimatkan kos dan meningkatkan margin keuntungan disamping tidak perlu menyimpan stok mahupun menguruskan penghantaran barangan.

Ia melibatkan 3 pihak iaitu pembeli, penjual dan drop shipper. Penjual akan menjual hanya dengan gambar dan penerangan tentang produk. Kemudian pembeli akan membayar kepada penjual. Penjual pula akan membayar kepada Drop Shipper untuk menghantar barang yang dipesan oleh pembeli.

Namun, anda perlulah mencari Drop Shipper yang mempunyai reputasi yang baik. Anda perlu membuat banyak kajian bagi memilih Drop Shiiper yang terbaik untuk anda. Ini adalah kerana reputasi anda akan tercalar jika Drop Shipper anda bermasalah.

Terdapat satu direktori yang menghimpunkan Syarikat Drop Ship yang terbaik di seluruh dunia. Syarikat ini sentiasa dipantau oleh direktori ini bagi memastikan Ahli direktori ini dijaga dan dipelihara dari Drop Shipper yang tidak bertangungjawab.

Direktori ini ialah http://www.worldwidebrands.com/. Tapi untuk mendapatkan maklumat tentang drop shipper,anda perlu menjadi ahli dengan bayaran USD69.95 seumur hidup. Ia adalah keahlian seumur hidup. Jadi ia adalah berbaloi jika anda ingin serius dalam perniagaan melalui Drop Shipping ini.

Ia memudahkan perniagaan anda kerana anda tidak perlu menguruskan penghantaran barangan yang beli oleh pelanggan anda. Anda perlu menhantar pesanan kepada syarikat Drop Ship yang terlibat dan mereka ana menghantar barangan tersebut. Anda tidak perlu menyimpan stok melalui kaedah Drop Shipping ini.


Memilih Platform - Kenapa eBay, Menjadi Seller & apa itu Dropship. Memilih Platform - Kenapa eBay, Menjadi Seller & apa itu Dropship. Reviewed by Mdzul Sidek on 10:36:00 PG Rating: 5
SuperBlogger. Dikuasakan oleh Blogger.