Alu-aluan.


Assalamualaikum w.b.t

Sudah terlalu lama rasanya menanggung bil internet yang mencecah ratusan setiap bulan. Pengetahuan dalam bidang IT terasa diabaikan dan tidak digunakan sebaiknya. Sepatutnya perbelanjaan menanggung bil internet dan sedikit pengetahuan dalam dunia 'online' ini boleh mendatangkan hasil.

Bermula dari ini, saya Muhammad Dzulkiefly Sidek, akan cuba berkongsi ilmu dengan pengunjung-pengunjung blog ini, dan diharap pengunjung-pengunjung juga akan dapat berkongsi apa yang diketahui, agar kita sama-sama mendapat keuntungan dari perkongsian ini.

Selamat datang, salam perkenalan dari saya... dan jadilah folower blog ini.
Insyaallah, bermanfaat. :)


Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

0 komen:

Catat Ulasan